Wednesday, April 8, 2009

ayam?lembu?dan jejaka kacak??


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?


Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macam mana aku nak dapat anak!

Lembu : ooo..apa lagi masalah kau?

Ayam : banyak giler la...diorg makan telor aku boleh..tapi bila aku pegi makan dekat kawasan rumah diorang..matilah aku kena halau..dihalaunya aku sesuka hati..lagi satu..aku kejutkan manusia pagi-pagi..dikatanya aku ni menggangu tidur mereka..tapi kalau manusia yang bising.melalak tengah-tengah malam..ada aku bising?aku senyap je..salah aku je yang manusia nampak..salah manusia..takde seorang pon nak tego..sebab tu naik kepala..

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



mesti pelikkan..kat atas cerita ayam lembu..lepas tu gambar gangsterism..entah aku pun tak tau..hehe apa yang korang dapat lepas baca dialog antara ayam dengan lembu?ha jawab..ha jawab..pikir..pikir... jawapannya ialah kita harus menjaga pergaulan dan corak komunikasi dalam konteks perhubungan sosial kita dengan orang sekeliling kita. janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri, kerana sikap keparat seperti itu boleh meruntuhkan setiap perhubungan yang terjalin.
gambar gangsterism dan watak-watak didalam kartun itu adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup dan mati. sengaja penulis mengambil watak mereka kerana tiada calon kacak yang sesuai selain mereka. terima kasih diucapkan kepada kacakman-kacakman sekalian kerana sudi membantu. apa yang ingin ditonjolkan ialah..jika kita tidak menjaga pergaulan dengan masyarakat..perkara sedemikian berkemungkinan boleh berlaku..dan jika berlaku.....


tak nak kawan sudah,
balik-balik kena ludah,
namanya zabedah,
'tuuutt'nya tinggal sebelah!

3 comments: