Monday, September 28, 2009
kadang-kadang keringat aku untuk sekolah..bukan asap rokok je ye..
pabila asap rokok dihembus ditandas sekolah..kita dikejar dengan rotan..tetapi bila peluh dititiskan untuk sekolah, kita diberi penghargaan..time ni aku form 5..ni jamuan untuk atlet-atlet sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah dan negeri..
kat sebelah aku atan, depan aku eddie dan sebelah eddie, zubir..kira kamceng la time sekolah dulu..tapi kan diorang ni atlet hoki..aku takraw..tak kesah la sukan pe yang kita men..kawan tetap kawan..
teringat dulu-dulu...
nak dijadikan cerita..aku ngan kawan-kawan pegi la Junjung nak mandi-mandi..sampai je kat situ..adoyai..potiong gila kot..tak menarik langsung..tapi nak wat cmna kn..dah sampai takkan nk blah je..alang2, bia la potiong pon..mandi jgak la..dalam kepayahan mencari port baik..tiba-tiba..aku.....
Tuesday, August 18, 2009
Wednesday, April 8, 2009
ayam?lembu?dan jejaka kacak??
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macam mana aku nak dapat anak!
Lembu : ooo..apa lagi masalah kau?
Ayam : banyak giler la...diorg makan telor aku boleh..tapi bila aku pegi makan dekat kawasan rumah diorang..matilah aku kena halau..dihalaunya aku sesuka hati..lagi satu..aku kejutkan manusia pagi-pagi..dikatanya aku ni menggangu tidur mereka..tapi kalau manusia yang bising.melalak tengah-tengah malam..ada aku bising?aku senyap je..salah aku je yang manusia nampak..salah manusia..takde seorang pon nak tego..sebab tu naik kepala..
Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
mesti pelikkan..kat atas cerita ayam lembu..lepas tu gambar gangsterism..entah aku pun tak tau..hehe apa yang korang dapat lepas baca dialog antara ayam dengan lembu?ha jawab..ha jawab..pikir..pikir... jawapannya ialah kita harus menjaga pergaulan dan corak komunikasi dalam konteks perhubungan sosial kita dengan orang sekeliling kita. janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri, kerana sikap keparat seperti itu boleh meruntuhkan setiap perhubungan yang terjalin.
gambar gangsterism dan watak-watak didalam kartun itu adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup dan mati. sengaja penulis mengambil watak mereka kerana tiada calon kacak yang sesuai selain mereka. terima kasih diucapkan kepada kacakman-kacakman sekalian kerana sudi membantu. apa yang ingin ditonjolkan ialah..jika kita tidak menjaga pergaulan dengan masyarakat..perkara sedemikian berkemungkinan boleh berlaku..dan jika berlaku.....
tak nak kawan sudah,
balik-balik kena ludah,
namanya zabedah,
'tuuutt'nya tinggal sebelah!
Monday, April 6, 2009
the new version of usop sontorian
ingat tak lagi watak kartun diatas?kartun yang satu ketika dahulu cukup popular..ape lagi kalau bukan usop sontorian..kartun ini penah diangkat sebagai kartun animasi bersiri pertama malaysia dalam malaysian book of record. usop sontorian ditayangkan di tv1 dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan berbilang kaum. apa yang ingin dikongsi ialah, usop sontorian akan difilemkan. usop sontorian the movie!. dalam filem tentulah ada hero. dan heronya mestilah kelihatan sejibik dgn kartunnya. oleh itu, pihak perfileman terbabit telah melakukan ujibakat dan hampir pasti mengambil salah seorang peserta untuk dijadikan hero. saya kebetulan berada disitu sempat mengambil gambar tetapi malangnya..gambar ini hanya dapat diambil dari belakang kerana ramai orang berpusu-pusu ingin berjumpa dengannya.
seorang bekas tentera..raut wajah setampan usop sontorian..perangai gila-gilanya juga hampir sama...tidak sabar rasanya ingin menonton filem ini..giginya bagaimana?adakah sama seperti usop..entah saya pun tidak pasti..nantikan kemunculan semula usop sontorian!!!!

penderma universal
Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.
Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.
Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.
Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.
Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.
Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.
Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar.

ini adalah sedutan filem jejaka-jejaka kacak menderma darah..siapa tahu jika terlihat wajah comel mereka terbuka hati anda untuk menderma.. :P
muka tenang walaupun jarum sebesar penumbuk
muka goyang walaupun jarum sehalus sehelai rambut
Subscribe to:
Posts (Atom)