Wednesday, April 8, 2009

ayam?lembu?dan jejaka kacak??


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?


Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macam mana aku nak dapat anak!

Lembu : ooo..apa lagi masalah kau?

Ayam : banyak giler la...diorg makan telor aku boleh..tapi bila aku pegi makan dekat kawasan rumah diorang..matilah aku kena halau..dihalaunya aku sesuka hati..lagi satu..aku kejutkan manusia pagi-pagi..dikatanya aku ni menggangu tidur mereka..tapi kalau manusia yang bising.melalak tengah-tengah malam..ada aku bising?aku senyap je..salah aku je yang manusia nampak..salah manusia..takde seorang pon nak tego..sebab tu naik kepala..

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)



mesti pelikkan..kat atas cerita ayam lembu..lepas tu gambar gangsterism..entah aku pun tak tau..hehe apa yang korang dapat lepas baca dialog antara ayam dengan lembu?ha jawab..ha jawab..pikir..pikir... jawapannya ialah kita harus menjaga pergaulan dan corak komunikasi dalam konteks perhubungan sosial kita dengan orang sekeliling kita. janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri, kerana sikap keparat seperti itu boleh meruntuhkan setiap perhubungan yang terjalin.
gambar gangsterism dan watak-watak didalam kartun itu adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup dan mati. sengaja penulis mengambil watak mereka kerana tiada calon kacak yang sesuai selain mereka. terima kasih diucapkan kepada kacakman-kacakman sekalian kerana sudi membantu. apa yang ingin ditonjolkan ialah..jika kita tidak menjaga pergaulan dengan masyarakat..perkara sedemikian berkemungkinan boleh berlaku..dan jika berlaku.....


tak nak kawan sudah,
balik-balik kena ludah,
namanya zabedah,
'tuuutt'nya tinggal sebelah!

Monday, April 6, 2009

the new version of usop sontorian

ingat tak lagi watak kartun diatas?kartun yang satu ketika dahulu cukup popular..ape lagi kalau bukan usop sontorian..kartun ini penah diangkat sebagai kartun animasi bersiri pertama malaysia dalam malaysian book of record. usop sontorian ditayangkan di tv1 dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat dan berbilang kaum. apa yang ingin dikongsi ialah, usop sontorian akan difilemkan. usop sontorian the movie!. dalam filem tentulah ada hero. dan heronya mestilah kelihatan sejibik dgn kartunnya. oleh itu, pihak perfileman terbabit telah melakukan ujibakat dan hampir pasti mengambil salah seorang peserta untuk dijadikan hero. saya kebetulan berada disitu sempat mengambil gambar tetapi malangnya..gambar ini hanya dapat diambil dari belakang kerana ramai orang berpusu-pusu ingin berjumpa dengannya.
seorang bekas tentera..raut wajah setampan usop sontorian..perangai gila-gilanya juga hampir sama...tidak sabar rasanya ingin menonton filem ini..giginya bagaimana?adakah sama seperti usop..entah saya pun tidak pasti..nantikan kemunculan semula usop sontorian!!!!


penderma universal

Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru.
Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan.
Kita tidak akan mengalami masalah kekurangan darah kerana secara semula jadi badan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang musnah akibat ‘tua’ (selepas 120 hari). Didermakan atau tidak, darah berkenaan tetap akan musnah dalam badan kita, jadi lebih baik jika ia dapat digunakan sebaik-baiknya.
Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat.
Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru.
Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin.
Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar.
ini adalah sedutan filem jejaka-jejaka kacak menderma darah..siapa tahu jika terlihat wajah comel mereka terbuka hati anda untuk menderma.. :P

muka tenang walaupun jarum sebesar penumbuk

muka goyang walaupun jarum sehalus sehelai rambut

pelajar cemerlang

peribahasa melayu berbunyi "sediakan payung sebelum hujan". madah melayu ini mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia terlebih dahulu. orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan dengan mudah dan begitu juga sebaliknya. salah satu ciri pelajar cemerlang ialah memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa didalam kelas. sikap main-main sambil belajar adalah sikap yang pelajar yang kurang berjaya. disini saya ada menyelitkan beberapa contoh terbaik untuk memberikan tumpuan semasa didalam kelas. hayatilah..

p/s: jangan mudah percaya apa yang anda lihat.. :P

shahril!he was no saint..

drug, liquor, rokok..benda yang cukup sinonim dgn jiwa remaja. drug ialah ubat-ubatan. untuk memberi takrifan kepada penyalahgunaan 'drug', perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu diguna bersama-sama dengan perkataan 'drug'. contohnya "drug abuse". tapi cuba bayangkan 'drug' diadunkan dengan perkataan 'enjoy'. itulah yang berada dalam jiwa remaja.

liquor..berjaya meringankan kepala otak..dan ini terbukti!malah cara yang terbaik untuk 'mencuci'. bukan cuci yang dihati tapi lazat yang dicari.. malah disertakan bersamanya pakej kegagalan fungsi otak dan badan. eh!aku tak pernah memandang serong, dan labelling bukan cara aku. aku sentiasa memandang positif kpd manusia.

rokok! hanya perokok yang tahu nikmatnya merokok dan hanya bukan perokok yang tahu nikmatnya hidup lama dan bebas dari penyakit disebabkan rokok.


aku yang kacak sentiasa memikirkan perkara ini...

Friday, April 3, 2009

apa itu "ferrous fumarate BP"?







ubat!hanya ubat..eh bukan..ini ialah iron tablets. each tablet contains 200mg ferrous fumarate BP. maknanya ferrous fumarate BP terkandung dalam ubat ini. Dos penggunaannya yang dibenarkan ialah 200mg je setiap hari. Perlu disimpan ditempat yang kering dan bukannya dalam underwear krn di situ lembap! kegunaannya yg khusus aku tak pasti sebab aku dapat pun lepas derma darah. dan tentu sekali darah aku darah orang baik-baik dan semua boleh menagih darah ini kerana darah aku universal dan peratusan orang yang memiliki darah ini hanya kecil. dan terbukti peratusan yang kecil itu hanya dari golongan yang kacak!mana bukti?ada org buat kajian ke pasal ni??soalan yang biasa kedengaran. jawapannya! tengok la aku, amet dan nicholas(konco-konco beratku). mungkin ada yang sudah naik meluat dengan perkataan kacak yang sering diagung-agungkan kami. tapi bagi kami itu adalah gifted!syukur!




kenapa kamu sama dengan ferrous fumarate BP?


why??huh..soalan yang mungkin cendiakawan sekali pun gagal menghurai perkaitan yang wujud. begini..this medication can change the colour of your urine and stools. so..jika ubat ini boleh menukar warna air kencing dan najis. aku bagaimana??mungkinkah aku boleh menukar warna najis yang kekuningan atau mungkin sedikit brown atau kadangkala hitam legam..erm kadang-kadang jika tersalah makan akan menyebabkan najis menjadi cair..secair nescafe o ais..bolehkah aku menukar citrawarna ini menjadi warna yang lebih menarik untuk dilihat dan dihidu..bak vanilla ice cream..atau aku hanya bertindak sebagai pembuka jalan..dan membiarkan urine and stools itu bertukar warna atas kehendaknya sendirinya..renungkanlah...


p/s kita tak boleh ubah manusia melainkan manusia tu sendiri nak ubah dirinya sendiri.! :P